Penamaan Tennessin

Menurut tatanama Mendeleev bagi unsur yang belum ditemui dan dinamakan, ununseptium sepatutnya dikenali sebagai eka-astatin atau dvi-iodin. Pada 1979, IUPAC telah menerbitkan tatanama IUPAC, dan bedasarkan ia unsur ini dinamakan ununseptium (dengan simbol yang sepadan, Uus),[17] nama unsur sistematik yang menjadi nama sementara bagi unsur ini sehingga penemuan unsur ini disahkan dan satu nama ditetapkan bagi unsur ini. Cadangan ini selalunya diabaikan oleh ramai saintis yang memanggil unsur ini dengan nama "unsur 117" dengan simbol (117) atau, dengan lebih ringkas, 117.[1] Menurut tatanama IUPAC buat masa ini, nama semua unsur yang baru ditemui perlu berakhir dengan "-ium", beerti nama ununseptium mesti berakhir dengan "-ium" dan bukannya "-ine", walaupun ununseptium ternyata sejenis halogen. Unsur kumpulan halogen biasanya berakhir dengan "-ine".[18]

Belum ada satu nama yang telah dicadangkan bagi unsur ini. Namun, jika unsur ini dikenalpasti oleh JWP, para saintis di Dubna akan mendapat hak untuk menamakannya. Satu pihak di Dubna telah mengatakan pada Jun 2012 bahawa proses ini "mungkin memakan masa hampir setahun".[15]