Tentera_Darat_Bavaria

Tentera Darat Bavaria merupakan tentera darat bagi Elektorat (1682–1806) dan kemudian Kerajaan Beraja (1806–1919) Bavaria. Ia wujud daripada tahun 1682 sebagai tentera darat tetap Bavaria sehingga penggabungan tentera berdaulat (Wehrhoheit) Bavaria kedalam negara Jerman pada tahun 1919. Tentera Darat Bavaria tidak pernah sama dengan tentera darat Kuasa-Kuasa Besar abad ke-19, tetapi ia memberikan dinasti Wittelsbach dengan skop tindakan yang mencukupi, didalam konteks politik pakatan yang efektif, untuk mengubah Bavaria daripada sebuah negeri yang kecil di peringkat wilayah tidak berurutan kepada negeri kedua terbesar Empayar Jerman selepas Prusia.