Tentera_Laut_Republik_Islam_Iran
Tentera_Laut_Republik_Islam_Iran

Tentera_Laut_Republik_Islam_Iran

Tentera Laut Republik Islam Iran (Bahasa Parsi: نیروی دریایی ارتش جمهوری اسلامی ایران‎) disingkatkan NEDAJA (Bahasa Parsi: نداجا‎), adalah cabang peperangan laut bagi Tentera Republik Islam Iran (Artesh).[1][3]Ia diberi tugas mengawal garisan pertahanan pertama Iran di Teluk Oman serta diluarnya dengan misi bertindak sebagai angkatan laut lepas yang efektif.[1] Akan tetapi, ia secara umumnya dianggap sebagai angkatan laut sempadan yang konvensional[3] kerana ia kebanyakannya beroperasi pada peringkat serantau, iaitu di Teluk Parsi dan Teluk Oman tetapi juga beroperasi jauh ke Laut Merah, Laut Mediterranean dan barat laut Lautan Hindi.[1] Pada Julai 2016, pihak Tentera Laut menyatakan ia akan membuat kehadiran di Lautan Atlantik, bagi tempoh yang tidak ditentukan.[4]Salah satu dari dua cabang tentera maritim Iran bersama dengan Tentera Laut IRGC, fungsi dan bidang tanggungjawabnya bertindih dengan tentera laut yang lain, tetapi ia berbeza dari segi strategi ketenteraan dan peralatan. Berbeza dengan Tentera Laut IRGC, yang dilengkapi dengan kapal serang laju yang kecil, tulang belakang inventori tentera laut Artesh terdiri daripada kapal-kapal permukaan yang lebih besar, termasuk frigat, korvet, dan kapal selam.[3]

Tentera_Laut_Republik_Islam_Iran

Aktif 500 SM–kini
Sebahagian daripada Tentera (Artesh)
Nama samaran Bahasa Parsi: دریادلان‎, Daryādelān
"Seahearts"
Bendera
Kelengkapan Kapal-kapal terkini
Panji-panji
Markas Tehran
Peringatan 28 November (Hari Tentera Laut)
Pertempuran
Komanderterkini Komodor Hossein Khanzadi
Peranan Peperangan laut
Saiz 18,000 (anggaran 2011)[1]
Moto Bahasa Parsi: راه ما، راه حسین است‎, Rāh-e ma, rāh-e hoseyn ast
"Our Path, Is Hussain's Path"[2]
Negara  Iran
Kawat 18 April
Jenis Tentera laut