Tentera_Udara_Armenia

Tentera Udara Armenia (Bahasa Armenia: Հայաստանի Ռազմաօդային Ուժեր) adalah sebuah cabang udara dalam Angkatan Tentera Armenia yang ditubuhkan pada tahun 1992 selepas pembubaran Kesatuan Soviet. Ia disusun dan dilengkapi bagi memberi sokongan udara taktikal kepada pasukan darat Armenia dalam bentuk serangan darat dan pengangkutan di kawasan pergunungan. Ia memberi sokongan yang berkesan semasa pertempuran dengan Azerbaijan semasa pertikaian di kawasan Nagorno-Karabakh pada tahun 1992–1994.[1] Ia kini kekurangan pesawat penguasaan udara, tetapi pertahanan udaranya diberikan oleh pesawat MiG-29 dari Tentera Udara Rusia di bawah perjanjian kerjasama ketenteraan.[2] Since 2003, the Armenian government has been funding a modernization and enlargement of the air fleet.[3]