Tentera_Udara_Bernombor

Tentera Udara Bernombor atau Numbered Air Force (NAF) ialah sejenis organisasi dalam Tentera Udara Amerika Syarikat yang merupakan unit bawahan kepada Markas Utama (Major Command atau singkatan MAJCOM) dan telah diberikan unit-unit beroperasi seperti Wing, Skuadron, dan Grup.[1] Komponen Tentera Udara Bernombor (C-NAF) mempunyai peranan tembahan sebagai sebuah Komponen Pemerintahan Tentera Udara yang menjalankan perintah dan kawal ke atas angkatan udara dan angkasa bagi menyokong Markas Medan Bersepadu.[2] Tidak seperti MAJCOM, yang mempunyai peranan pengurusan, NAF adalah sebuah organisasi taktikal dengan fokus operasi, dan tidak mempunyai fungsi staf yang sama seperti MAJCOM.[2] Tentera udara bernombor lazimnya diperintah oleh seorang Mejar Jeneral atau Leftenan Jeneral.Designasi berangka bagi Tentera Udara Bernombor ditulis secara berhuruf (contohnya Tentera Udara Kelapan bukannya Tentera Udara Ke-8), tetapi angka Arab digunakan secara singkatan (contohnya 8 AF).[1][3] Unit-unit dibawah sebuah NAF pada umumnya dinomborkan 6XX (yang mana XX adalah nombor NAF itu).[1] Sebagai contoh, Pusat Operasi Udara dan Angkasa Ke-618 (Pusat Kawalan Angkut Udara Penangki) ialah sebuah unit bawahan kepada Tentera Udara Kelapan Belas.