Sejarah Tentera_Udara_Iraq

Tentera Udara Diraja Iraq ditubuhkan pada 22 April 1931, apabila kumpulan pertama para juruterbang melakukan penerbangan latihan di United Kingdom.[3] Sebelum penubuhan pasukan tentera udara ini, Arahan Iraq Tentera Udara Diraja bertanggungjawab ke atas kesemua elemen-elemen Angkatan Tentera Britain di Iraq pada 1920-an dan awal 1930-an.[5] Pasukan ini berpangkalan di lapangan terbang di kejiranan Washash, Baghdad, dan mempunyai lima orang juruterbang, para pelajar aeronautik yang dilatih di RAF College Cranwell, dan 32 orang mekanik pesawat.[3] Lima orang juruterbang perintis ini adalah Natiq Mohammed Khalil al-Tay, Mohammed Ali Jawad, Hafdhi Aziz, Akrem Talib Mushtaq, dan Musa Ali.[3] Semasa tahun-tahun awam Tentera Udara Diraja Iraq, ia memperolehi pesawat daripada United Kingdom selain pesawat penyerang Breda Ba.65 dan pesawat pengebom SM-79 daripada Itali.[5]

Selepas memperolehi kemerdekaan, Iraq masih bergantung pada Tentera Udara Diraja. Kerajaan Iraq memperuntukan majoriti belanjawan ketenteraan mereka kepada Tentera Darat Iraq dan pada tahun 1936; Tentera Udara Diraja Iraq hanya mempunyai 37 orang juruterbang dan 55 buah pesawat. Pada tahun seterusnya, terdapat sedikit peningkatan dengan jumlah juruterbangnya adalah 127 orang.[6]