Formasi Tentera_darat

Tentera Darat juga boleh merujuk kepada sebuah pertubuhan tentera (formasi yang besar, dan terdiri daripada dua atau lebih kor. Setiap tentera dinamakan atau dinomborkan untuk membezakannya daripada tentera darat pada keseluruhannya — umpamanya, Tentera Darat Pertama Amerika Syarikat dan Tentera Darat Virginia Utara. Dalam Tentera Darat British, nombor ordinal biasa diejakan, umpamanya Tentera Darat Kedua, manakala formasi yang berperingkat lebih rendah menggunakan angka, umpamanya Divisyen Ke-2.

Tentera-tentera darat (termasuk juga kumpulan tentera darat dan kancah peperangan) merupakan formasi-formasi yang besar dan berbeza-beza antara satu sama lain dari segi saiz, kandungan, dan lingkungan tanggungjawab.

Dalam Tentera Komunis Kesatuan Soviet, "tentera" merupakan formasi kor yang berperingkat lebih bawah daripada sebuah Barisan semasa berperang. Pada masa aman, tentera darat Soviet biasanya terletak di bawah daerah tentera.

Untuk hierarki tentera darat, sila lihat organisasi tentera.