Teori_domino

Teori domino (domino theory) merupakan suatu teori politik yang muncul antara dekad-dekad 1950-an dan 1980-an yang menyatakan bahawa sekiranya sebuah negara itu menerima ideologi atau pengaruh komunisme, maka negara-negara yang berjiranan dalam rantaunya akan "terjerumus" laksana "domino-domino yang berjatuhan".[1] Teori ini dipakai pemerintahan Amerika Syarikat secara berterusan sepanjang berlakunya Perang Dingin bagi membenarkan campur tangan politik dalam negara-negara yang disyaki di seluruh dunia.