Asal-usul Teori_medan_kuantum

Teori medan kuantum berasal daripada masalah untuk mengira tenaga yang disinarkan oleh sebiji atom ketika atom itu jatuh daripada satu keadaan kuantum kepada satu keadaan yang mempunyai paras tenaga yang lebih rendah. Pada tahun 1925, Max Born dan Pascual Jordan mengkaji masalah ini dan bersama-sama dengan Werner Heisenberg pada tahun 1926, mereka membentuk teori kuantum untuk medan elektromagnet yang tidak mengambil kira pengutuban dan sumber-sumber. Teori mereka kini digelarkan teori medan bebas.

Untuk mempergunakan teori kuantum pada teori mereka ini, ketiga-tiga mereka itu menggunakan kaedah pengkuantuman berkanun. Pada tahun 1927, Paul Dirac memberikan pengolahan yang tekal untuk masalah ini buat pertama kali. Secara tidak dapat dielakkan, teori medan kuantum berasaskan pengolahan kuantum tunggal yang diketahui tentang medan klasik, iaitu medan elektromagnet. Teori ini diperlukan disebabkan keperluan untuk mengolahkan satu keadaan di mana bilangan zarah berubah, iaitu apabila sebiji atom akhirnya menjadi sebiji atom dan sebiji foton.

Pada peringkat awal-awal lagi, adalah nyata bahawa pengolahan kuantum bagi medan elektromagnet membabitkan kerelatifan. Pada tahun 1928, Jordan dan Wolfgang Pauli menunjukkan bahawa penukar-penukar tertib medan sebenarnya adalah tak varian Lorentz. Menjelang tahun 1933, Niels Bohr dan Leon Rosenfeld telah mengaitkan hubungan-hubungan penukar tertib ini kepada had kebolehan untuk mengukur medan-medan pada pemisahan serupa ruang. Perkembangan persamaan Dirac dan teori lohong mendorong teori medan kuantum untuk menerangkan kedua-dua ini dengan menggunakan idea-idea kebersebaban daripada kerelatifan. Usaha ini disiapkan oleh Wendell Furry dan Robert Oppenheimer dengan menggunakan kaedah-kaedah yang dikembangkan oleh Vladimir Fock semata-mata untuk tujuan ini. Keperluan ini untuk mencantumkan kerelatifan dengan mekanik kuantum merupakan unsur kedua yang mendorong perkembangan teori medan kuantum. Pertalian ini adalah penting untuk perkembangan kedua-dua fizik zarah dan teori daya-daya berpadu (separa) moden yang kini digelarkan model piawai.

Pada tahun 1927, Jordan mencuba memperluas pengkuantuman berkanun medan-medan untuk merangkumi fungsi gelombang yang muncul dalam mekanik kuantum zarah. Oleh itu, kaedahnya diberikan nama padanan, pengkuantuman kedua. Pada tahun 1928, Jordan dan Eugene Wigner mendapati bahawa prinsip eksklusi Pauli memerlukan medan elektron dikembangkan dengan menggunakan pengoperasi ciptaan dan operator pemusnahhabisan anti ulang-alik. Ini merupakan unsur ketiga dalam perkembangan teori medan kuantum — keperluan untuk menangani statistik bagi sistem-sistem berbilang zarah dengan tekal dan mudah. Unsur perkembangan ini telah digabungkan dengan teori banyak jasad, dan amat mempengaruhi fizik jirim termeluwap dan fizik nuklear.