Tepak_sirih

Tepak sirih merujuk kepada bekas yang diperbuat dari logam bagi menyimpan bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan daun dari pokok sirih untuk di makan. Masyarakat Melayu membezakan antara tepak sirih berbentuk bujur sebagi puan dan yang berbentuk empat segi bujur sebagi tepak.[1] Terdapat juga tepak sirih yang berbentuk bulat. Malah dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah telah memberikan kepada Hang Jebat sepiak sirih di dalam tepak sirih kepunyaan Sultan Mahmud semasa berhenti rehat.Antara barangan yang terdapat dalam tepak sirih adalah:-Aturan tersebut menurut tertib ketika mengapur sirih, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Daun-daun sirih yang disusun dalam tepak sirih hendaklah dilipat bersisip antara satu sama lain dan disamakan tangkainya, disusun sebanyak lima atau enam helai dalam satu baris. Satu tepak sirih selalunya mengandungi empat atau lima susun sirih tadi. Sirih ini dilipat bagi menyembunyikan tangkai sirih. Ini kerana ekor sirih tidak boleh dinampakkan kerana pada anggapan mereka ini adalah satu keadaan yang kurang sopan dan tidak menghormati tetamu.