Terapi_pekerjaan
Terapi_pekerjaan

Terapi_pekerjaan

Terapi pekerjaan (TP) merupakan penggunaan penilaian dan intervensi untuk membangunkan, memulihkan, atau mengekalkan aktiviti, atau pekerjaan, individu, kumpulan mahpun komuniti. Ia adalah satu kerjaya kesihatan bersekutu yang dilakukan oleh ahli terapi pekerjaan. TP kebiasannya bekerja dengan orang yang mempunyai masalah mental, kecacatan, kecederaan mahupun kurang upaya.[1]Kebiasaannya, ahli terapi pekerjaan merupakan profesional berpendidikan universiti dan mesti lulus peperiksaan pelesenan untuk amalan.[2] Ahli terapi pekerjaan sering bekerja rapat dengan profesional dalam terapi fizikal, terapi pertuturan, audiologi, kejururawatan, kerja sosial, psikologi klinikal, dan perubatan.