Terbaik_(album_Kotak)

Terbaik merupakan album muzik oleh kumpulan muzik Indonesia, Kotak yang dikeluarkan pada 2012. Lagu utama ialah Kecuali Kamu, I Love You, dan Hijaukan Bumi. Album ini merupakan album himpunan Kotak semasa kerjayanya daripada album Kotak Kedua hingga Energi. Namun cara pemasarannya lebih berbeza berbanding album Kotak sebelum ini, kerana album ini hanya dijual di gerai KFC seluruh Indonesia.