Terbelahnya_bulan
Terbelahnya_bulan

Terbelahnya_bulan

Terbelahnya bulan (Bahasa Arab: انْشَقَّ الْقَمَرُ‎) ialah suatu mukjizat yang dikaitkan kepada Nabi Muhammad .[2] Ia berasal daripada ayat-ayat al-Quran 54:1–2[upper-alpha 1] dan disebutkan dalam tradisi Islam seperti sebab-sebab penurunan (konteks wahyu). Ramai pengulas Muslim, terutamanya dari zaman pertengahan, mentafsirkan secara harfiah kejadian itu sebagai pemisahan fizikal bulan, sementara beberapa orang yang lain menganggapnya sebagai peristiwa yang akan terjadi semasa hari kiamat ataupun ilusi optik.Tradisi awal yang menyokong tafsiran harfiah adalah berdasarkan kepada kewibawaan para sahabat nabi seperti Ibn Abbas, Anas bin Malik, Abdullah ibn Mas'ud dan lain-lain.[4][upper-alpha 2] Menurut cendekiawan Muslim India Abdullah Yusuf Ali, bulan akan terbelah lagi apabila hari kiamat menghampiri. Beliau berkata bahawa ayat-ayat itu mungkin mempunyai maksud alegori iaitu perkara tersebut menjadi jelas seperti bulan.[6] Ayat-ayat al-Quran 54:1–2 menjadi sebahagian daripada perbahasan antara ahli teologi Muslim zaman pertengahan dan ahli falsafah Muslim mengenai isu kemurnian jasad langit tersebut. Pada 2010, ahli sains Institut Sains Bulan NASA (NLSI) Brad Bailey berkata, "Tiada laporan bukti saintifik bahawa Bulan telah terbelah kepada dua (atau lebih) bahagian dan kemudiannya dihimpunkan semula pada bila-bila masa di masa lalu."[7]Kisah tersebut telah digunakan oleh beberapa Muslim kemudiannya untuk memberi keyakinan kepada orang lain mengenai kenabian Muhammad .[8] Ia juga memberi ilham kepada ramai pemuisi Muslim, terutamanya di India.[9]

Rujukan

WikiPedia: Terbelahnya_bulan http://referenceworks.brillonline.com/entries/ency... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://ivanalbar.multiply.com/reviews/item/36 http://qurango.com/images/tafsirenglish/54.pdf http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://ivana... http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://lunar... http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://quran... http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://www.u... http://archive.wikiwix.com/cache/?url=https://ruma... http://archive.wikiwix.com/cache/?url=https://www....