Terbuka_Australia

Terbuka Australia merupakan sebuah pertandingan utama tenis yang dianjurkan setiap tahun pada dua minggu terakhir bulan Januari di Melbourne, Australia. Pertama kali dilansungkan pada tahun 1905, pertandingan ini adalah pertandingan pertama daripada empat acara Grand Slam tenis setiap tahun – tiga yang lain adalah Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka AS. Acara yang dilansungkan adalah perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Selain itu acara belia, kerusi roda, legenda dan perlawanan pertunjukan juga dijalankan. Sebelum tahun 1988, pertandingan ini dimainkan di atas gelanggang rumput. Sejak tahun 1988, dua jenis permukaan gelanggang keras telah digunakan di Melbourne Park – hijau Rebound Ace sehingga tahun 2007 dan biru Plexicushion bermula tahun 2008.[2]Terbuka Australia biasanya mempunyai kehadiran penonton yang tinggi, kedua di belakang Terbuka AS. Ia juga merupakan pertandingan Grand Slam pertama yang dilansungkan di gelanggang tertutup ketika cuaca lembap atau kepanasan melampau menerusi tiga gelanggang utamanya, Rod Laver Arena, Hisense Arena dan Margaret Court Arena yang baru diubahsai dilengkapi dengan bumbung tarik balik.

Terbuka_Australia

Venue Melbourne Park
Juara beregu terbanyak 12
Thelma Coyne Long
Juara perseorangan terbanyak 11
Margaret Court
Permukaan Rumput (1905–87)
Keras (Rebound Ace) (1988–2007)
Keras (Plexicushion) (2008–sekarang)
Juara semasa Martina Hingis / Leander Paes
Juara terbanyak (lelaki) 4
Harry Hopman
Colin Long
Lokasi Melbourne
Australia
Juara terbanyak (wanita) 4
Daphne Akhurst Cozens
Nell Hall Hopman
Nancye Wynne Bolton
Thelma Coyne Long
Undi 48
Ditubuhkan 1905
Hadiah wang tunai A$40,000,000 (2015)[1]

Rujukan

WikiPedia: Terbuka_Australia http://www.news.com.au/dailytelegraph/story/0,2204... http://www.news.com.au/dailytelegraph/story/0,2204... http://www.news.com.au/dailytelegraph/story/0,2204... http://www.news.com.au/heraldsun/story/0,21985,249... http://www.smh.com.au/national/nsw-in-negotiations... http://www.tennis.com.au/ http://www.tennis.com.au/news/2013/01/28/australia... http://www.tennis.com.au/news/2014/01/27/ao-2014-t... http://www.theage.com.au/news/tennis/australian-op... http://trove.nla.gov.au/ndp/del/article/16104993?s...