Terengganu_City_FC

Terengganu City FC merupakan sebuah kelab bola sepak berasal dari Terengganu, Malaysia. Ditubuhkan pada Jun 2016 dan diasaskan oleh 4 orang penyokong bola sepak Terengganu yang bekerja dalam 4 profesion yang berbeza iaitu bidang kejuruteraan, arkitek, doktor perubatan dan juga penganalisis bola sepak. Kelab ini merupakan sebuah kelab bola sepak yang berasaskan komuniti dimana peminat akan mempunyai hak dalam menentukan hala tuju pasukan ini.Pasukan ini berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Melayu Terengganu (PBSMT). Pasukan ini berpusat di Kuala Terengganu, Terengganu. Mulai musim 2017, pasukan Terengganu City FC bermain dalam Liga FAM.[1][2]

Terengganu_City_FC

Stadium Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT
Diasaskan Jun 2016
Tapak sesawang Laman kelab
Nama penuh Terengganu City Football Club
Liga Liga FAM
Presiden Mohd Johan Ismail
Gelaran The Sharks