Sejarah Terengganu_FC_II

Terengganu FC II dulu dikenali sebagi T-Team FC diasaskan pada 14 Julai 2006 sebagai PBDKT T-Team FC. Pasukan ini didaftarkan melalui Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu. Pada musim 2007/08, T-Team menyertai Liga FAM dan muncul johan dalam kejohanan tersebut setelah mengumpul 33 mata mengatasi Majlis Bandaraya Johor Bahru yang hanya mengumpul 25 mata. Selaku juara, T-Team layak beraksi dalam Liga Perdana Malaysia pada musim berikutnya (2009). Untuk musim 2010, T-Team layak beraksi dalam Liga Super Malaysia setelah muncul naib juara liga. Pada musim 2014 pasukan T-Team diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu.[1] Mulai musim 2015 T-Team kembali diletakkan di bawah pengurusan Majlis Sukan Negeri Terengganu.[2]. Mulai musim 2018, pasukan ini dikenali sebagai Terengganu FC II serta diletakkan di bawah Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu.