Sejarah Terengganu_FM

Siarannya bermula pada 1 Mac 1973 melalui Siaran Daerah dari jam 15:00 hingga 19:45 menerusi gelombang sederhana. Bermula tahun 2005, siaran Terengganu FM beroperasi selama 24jam sehari. Siaran Terengganu FM boleh didengari keseluruhan negeri Terengganu, Kelantan Timur dan Pahang Timur.RTM Kuala Terengganu merupakan Ibu Pejabat Penyiaran Kawasan Timur. Pada awal siarannya Radio Malaysia Kuala Terengganu memancarkan siarannya ke Kelantan, Terengganu dan Pahang Timur. Sebelum tahun 1991 siarannya dipancarkan melalui Gelombang Sedehana Kuala Terengganu 392 meter/765Khz, Kota Bharu 427 meter/702 Khz, Kuantan 370 meter/810 Khz, Kuala Lipis 456 meter /648khz dan Dungun 238 meter/1260Khz. Namun stesen pemancar ini telah ditutup mulai 1992 secara berperingkat. Hari Terengganu FM boleh didengari di Utara Kelantan danPahang Timur selain Negeri Terengganu sendiri.