Teres_(pertanian)
Teres_(pertanian)

Teres_(pertanian)

Dalam bidang pertanian, teres adalah satah cerun lereng yang telah dipotong menjadi satu siri permukaan rata atau platform bertingkat-tingkat, yang menyerupai tangga, untuk tujuan pertanian yang lebih berkesan. Oleh karena itu, jenis lansekap ini disebut peneresan. Tingkatan teres bertingkat biasanya digunakan untuk menanam di kawasan berbukit atau pergunungan. Teres mengurangkan hakisan dan larian permukaan, dan boleh digunakan untuk menyokong tanaman yang memerlukan pengairan, seperti padi. Teres Padi Cordilleras Filipina telah ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana pentingnya teknik ini.[1]