Sinopsis Terlarang_Sudah_Rinduku

Mengisahkan tentang dua sahabat iaitu Nina (Atikah Suhaime) dan Erin (Nina Iskandar) yang mempunyai dua perwatakan yang sangat berbeza. Erin terpaksa menumpang di rumah Nina setelah kematian ibunya. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Erin tidak memuaskan ekoran tertekan dengan kematian ibunya, manakala Nina pula mendapat keputusan yang membolehkannya untuk sambung belajar ke menara gading.

Nina dicintai oleh Irshad (Amar Asyraf), yang sanggup berhabis apa sahaja sehingga sanggup untuk Nina. Irshad juga sanggup untuk menanggung pembelajaran Nina di sebuah kolej swasta. Malangnya, Nina mula hanyut dan lupa diri apabila bertemu dengan Idham. Idham mampu memberi Nina kemewahan yang lebih banyak berbanding Irshad. Sejak daripada itu, segala kebaikan Irshad tidak lagi berkesan di hatinya dan lebih meyedihkan lagi, Nina sanggup memutuskan pertunangannya untuk bersama Idham.

Tindakan yang tidak berhati perut itu, membuat Irshad mula mendekati Erin dan akhirnya mereka mula jatuh cinta. Manakala, Nina pula menempah nasib malang kerana Idham merupakan seorang pengedar dadah tanpa dia ketahui. Erin yang sentiasa merisaukan dan sayangkan sahabatnya, Nina, sanggup melaporkan kegiatan Nina dan Idham kepada pihak polis dan akhirnya mereka ditangkap serta dipenjarakan.

Mak Enab, ibu kepada Nina dan Erin berharap agar hukuman penjara itu dapat memberi pengajaran kepada Nina namun harapan itu hanya angan-angan kerana tindakan Erin itu membuatkan Nina lebih membencinya dan berdendam. Selepas keluar dari penjara, Nina berdendam dan merancang untuk memusnahkan hubungan Erin dan Irshad sehingga berantakan. Bagaimanakah cara Nina untuk memusnahkan hubungan sahabatnya? Adakah perancangannya berjaya untuk memisahkan mereka berdua?