Termolisin
Termolisin

Termolisin

Termolisin (EC 3.4.24.27, proteinase neutral Bacillus thermoproteolyticus, termoase, termoase Y10, TLN) ialah enzim metaloproteinase neutral termostabil yang dihasilkan oleh bakteria positif Gram, Bacillus thermoproteolyticus.[2] Ia memerlukan satu ion zink bagi menjamin aktiviti enzim, dan empat ion kalsium bagi kestabilan strukturnya.[3] Termolisin secara khusus memangkinkan hidrolisis ikatan peptida yang mengandungi asid amino hidrofobik. Walau bagaimanapun, termolisin juga digunakan secara meluas bagi pembentukan ikatan peptida melalui tindak balas hidrolisis terbalik.[4] Termolisin ialah ahli yang paling stabil dalam keluarga metaloproteinase yang dihasilkan oleh pelbagai spesies Bacillus. Enzim ini juga dipanggil proteinase "neutral" atau proteinase seperti termolisin (TLPs).