Kritikan Tesco

Pasar raya 'hypermarket' dipertikaikan banyak pihak kerana menjejaskan perniagaan runcit di kawasan berhampiran. Oleh itu, Tesco dan lain-lain 'hypermarket' menyasarkan kawasan baru yang belum ada kedai runcit.

Pasar raya seperti ini dibimbangi akan menjadi pengawal industri negara serta turun dan naik sesuatu barang. Setakat ini, Tesco telah berjaya menurunkan harga lebih 2000 barangnya dan membantu kerajaan mengawal harga pengguna. Contohnya, isu gula pada tahun 2006 dan menurunkan harga selepas pengumuman kenaikan gaji kakitangan kerajaan Malaysia pada Mac 2007.

Barang daripada jenama dan produk tempatan serta Bumiputera dibenarkan beroperasi di sini. Tesco dilihat sebagai mesra produk tempatan dan bukan sebagai saingan.