Teknologi Tesla,_Inc.

Teknologi bateri

Berbeza dengan pembuat kereta lain, Tesla tidak menggunakan sel format besar satu tujuan. Tesla menggunakan ribuan sel komoditi litium-ion 18650. Sel 18650 ialah sejenis sel bateri silinder kecil, yang lazimnya dijumpai dalam komputer riba dan alat elektronik pengguna lain. Tesla Motors mengguna versi unik sel ini, yang direka supaya lebih murah untuk dihasilkan dan lebih ringan daripada sel piawai. Penjimatan ini dibuat dengan membuang sebahagian ciri keselamatan. Menurut Tesla Motors, ciri tersebut lewah dengan ciri keselamatan pak baterinya.[10] Ketika ini Panasonic, salah satu pelabur Tesla Motors, ialah pembekal tunggal sel bateri kepada syarikat ini.

Perkongsian teknologi

CEO Tesla Elon Musk mengumumkan dalam satu siaran akhbar dan panggilan persidangan pada 12 Jun 2014, yang syarikatnya akan membenarkan paten teknologinya digunakan sesiapa sahaja secara jujur.[11] Sebarang persetujuan pada masa hadapan dijangka memasukkan peruntukan yang pengguna bersetuju tidak mengambil tindakan guaman terhadap Tesla, atau meniru reka bentuk mereka secara terus.[12] Sebabnya termasuklah memesatkan kemajuan pasaran umum kereta elektrik. Tesla masih lagi memiliki harta intelektual lain, seperti tanda dagangan dan rahsia perdagangan, yang akan menghalang peniruan kenderaannya.[13]

Rujukan

WikiPedia: Tesla,_Inc. http://alttransport.com/2010/09/tesla-and-toyotas-... http://firsttoknow.com/teslas-stocks-soar http://gigaom.com/2014/06/14/what-elon-musk-did-an... http://www.greencarreports.com/news/1084682_what-g... http://www.ibtimes.com/detroit-auto-show-2014-4000... http://news.investors.com/Article/600566/201202081... http://www.motorauthority.com/news/1089176_tesla-m... http://quotes.nasdaq.com/asp/SummaryQuote.asp?symb... http://files.shareholder.com/downloads/ABEA-4CW8X0... http://files.shareholder.com/downloads/ABEA-4CW8X0...