The X-Files ialah siri televisyen
Amerika Syarikat yang dicipta oleh
Chris Carter dan disiarkan di
FOX TV pada 10 September 1993, dan berakhir pada 19 Mei 2002. Watak utamanya ialah ejen khusus
FBI Fox Mulder dan
Dana Scully yang menyiasat pelbagai kes yang tidak dapat diselesaikan, dan bersifat
paranormal.Mulder dilakonkan oleh
David Duchovny manakala Scully oleh
Gillian Anderson. Keduanya bekerja di bawah kuasa Pembantu Pengarah FBI
Walter Skinner yang dilakonkan oleh
Mitch Pileggi. Mulder ialah orang yang mempercayai kewujudan makhluk asing dan dunia paranormal. Manakal Scully, sebagai ahli sains perubatan, digandingkan dengan Mulder oleh pihak tertentu untuk menghentikan pekerjaan Mulder. Akan tetapi, seiring waktu berjalan, mereka membina hubungan persahabatan yang erat. Scully yang awalnya tidak menerima hal-hal yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik, lama kelamaan mematangkan fikirannya.Populariti siri ini melonjak di pertengahan dekad 1990an, malah memiliki sebuah filem layar lebar yang berlatar antara musim ke-5 dan ke-6,
Fight the Future. Slogan-slogan dari rancangan ini juga terkenal, seperti "The Truth is Out There", "Trust No One", dan "I Want to Believe." Menurut majalah
TV Guide, The X-Files ialah rancangan TV ke-2 terhebat sepanjang zaman, selepas
Star Trek.