Sinopsis The_Amazing_Awang_Khenit

The Amazing Awang Khenit menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Awang yang tinggal di sebuah negeri bernama Indrasakti. Tubuh badan beliau tidak boleh membesar dan sentiasa bersaiz kerdil sejak berusia sepuluh tahun akibat terkena sumpahan makhluk ganjil yang sering mengganggu keluarganya. Sejak kejadian itu, ayah dan ibunya telah hilang secara misteri. Keseluruhan masyarakat di Indrasakti memanggil Awang dengan gelaran Awang Khenit kerana tubuhnya yang sentiasa kecil dan tidak membesar itu. Namun begitu, Awang mempunyai sifat mulia dan gemar menolong penduduk di Indrasakti.

Lapan tahun kemudian, seorang penjual kain yang buta telah terjatuh ke dalam lubang baja kompos di tengah-tengah bandar Indrasakti. Awang yang gemar menolong telah menghulurkan bantuan sedaya mungkin kepada peniaga tersebut. Terharu atas pertolongan Awang, peniaga yang buta itu telah menghadiahkan sehelai kain ajaib buat Awang. Dengan memakai kain tersebut, Awang telah mendapat satu kuasa luarbiasa iaitu beliau boleh terbang di udara dan kekuatan bersamaan sepuluh orang manusia. Bersama teman rapatnya Badang, mereka bersama menjaga keamanan Indrasakti dari ancaman penjenayah, raksasa dan segala bentuk kejahatan yang mengganggu Indrasakti.

Rujukan

WikiPedia: The_Amazing_Awang_Khenit http://www.4-traders.com/news/Media-Prima-Bhd-Medi... http://english.astroawani.com/entertainment-news/m... http://www.dailyseni.com/v4/ffm27-best-animated-se... http://www.juiceonline.com/and-theyre-off-to-japan... http://pergh.com/details/msc-ipcc-2011-winner-list... http://www.mscmalaysia.my/node/580 http://www.thesundaily.my/news/1219982 https://www.facebook.com/149928098548924/photos/a.... https://www.facebook.com/The-Amazing-Awang-Khenit-... https://www.youtube.com/watch?v=COzqu1VUaoM