The_Amazing_Race_Asia_4

The Amazing Race Asia 4 adalah siri keempat rancangan televisyen realiti The Amazing Race Asia. The Amazing Race Asia 4 menampilkan beberapa pasukan dua orang, masing-masing dengan hubungan sedia ada, dalam perlumbaan di seluruh dunia. Dijadualkan dikeluarkan pada 2009, rancangan ini bagaimanapun ditunda ke 2010. Ia merupakan siri pertama Amazing Race yang difilemkan dan disiarkan di definisi tinggi.Permohonan pserta berakhir pada 31 Mac 2010, selepas lanjutan singkat kerana permintaan popular. Wawancara peserta separuh-akhir dan akhir diadakan antara bulan Mac / April. Penggambaran berlangsung antara bulan Jun dan Julai 2010.Identiti para peserta terungkap pada 2 September 2010.[1] Tayangan perdana musim ini ialah pada 23 September 2010. Episode perdananya juga dipaparkan di tapak web AXN pada 16 September 2010.Sebuah episod khas ditayangkan pada 2 Disember 2010, seminggu sebelum akhir musim.Pasukan Filipina Richard Hardin & Richard Herrera muncul sebagai pemenang.

The_Amazing_Race_Asia_4

Bandar dilawati 25
Negara dilawati 8
Penggambaran Jun 2010 –
Julai 2010
Bilangan pusingan 10
Pasukan menang Richard &
Richard
Bilangan episod 11 (12 termasuk recap)
Kemudian The Amazing Race Asia 5
Benua dilawati 2
Sebelum The Amazing Race Asia 3
Tayangan 23 September 2010 –
9 Disember 2010