The_Boston_Globe

The Boston Globe (kadang-kadang disingkat The Globe) ialah surat khabar harian Amerika Syarikat diasaskan dan berpangklan di Boston, Massachusetts, sejak penciptaannya oleh Charles H. Taylor pada 1872. Akhbar ini telah memenangi sebanyak 26 Hadiah Pulitzer setakat 2016, dan dengan jumlah peredaran yang dibayar sebanyak 245,824 dari September 2015 sehingga Ogos 2016,[3] ia merupakan akhbar ke-25 paling dibaca di Amerika Syarikat. The Boston Globe ialah akhbar harian yang terbesar dan tertua di Boston.[4]