Sinopsis The_Cloud

Peristiwa stesen tenaga nuklear pecah di tenggara Frankfurt telah mengejutkan negara. Awan yang telah tercemar oleh radioaktif menyelubungi pekan kecil Schlitz, tidak jauh dari Bad Hersfeld. Penduduk tempatan hidup dalam kegelisahan dan tumbuhan musnah kerana terdedah dengan radiasi. Dalam masa yang singkat 38,000 orang telah terbunuh. Penduduk tempatan mula berpusu-pusu keluar dari pekan kecil itu termasuklah remaja 16 tahun Hannah (lakonan Paula Kalenberg) dan teman lelakinya, Elmar (Franz Dinda).

Hannah dan adik lelakinya, Uli (Hans-Laurin Beyerling) menunggang basikal untuk berlindung di rumah ibu saudaranya, Helga. Malang berlaku apabila yang Uli dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu menyeberangi jalan. Mayat Uli dibuang di dalam ladang jagung oleh seorang pemandu yang melalui jalan tersebut dan membawa Hannah ke melarikan diri. Elmar berjaya untuk melarikan diri tetapi Hannah terdedah dengan radiasi dan menyebabkan keguguran rambut. Elmar sering mengunjungi Hannah yang ditempatkan di sebuah unit pengawalan ketat. Sebulan berada dalam pengawalan, Hannah dijemput oleh ibu saudaranya dan Helga (Gabriela Maria Schmeide) memberitahu bahawa ibu Hannah telah mati.

Di Hamburg, Hannah meneruskan pengajiannya. Elmar mendapati beliau juga terdedah dengan radiasi. Elmar kecewa dan tidak mahu Hannah mengetahui keadaan dirinya sekarang sehingga menipu Hannah bahawa beliau akan mengikuti ibu bapanya ke Amerika. Namun, ketika melawat rakannya di hospital, barulah Hannah mengetahui keadaan Elmar.