Adaptasi The_Great_Gatsby

Filem

Novel ini sudah diadaptasikan dalam bentuk filem sebanyak lima kali:

  1. Pada tahun 1926 arahan Herbert Brenon dalam format filem bisu adaptasi pementasan dibintangi Warner Baxter, Lois Wilson, dan William Powell. Tiada salinan filem ini yang masih wujud kecuali sebuah trailer beberapa minit sahaja yang diketahui;
  2. Pada tahun 1949 arahan Elliott Nugent, dibintangi Alan Ladd, Betty Field, dan Shelley Winters.
  3. Pada tahun 1974 arahan Jack Clayton dengan skrip oleh Francis Ford Coppola serta dibintangi Robert Redford, Mia Farrow dan Sam Waterston
  4. Telefilem tahun 2000 arahan Robert Markowitz dibintangi Toby Stephens, Paul Rudd dan Mira Sorvino.
  5. Pada tahun 2013 arahan Baz Luhrmann serta dibintangi Leonardo DiCaprio, Carey Mulligan, Tobey Maguire dan Amitabh Bachchan.

Opera

Sebuah bentuk opera daripada novel ini dipersiapkan oleh New York Metropolitan Opera untuk memperingati ulang tahun ke-25 debut James Levine. Opera ini pertama kali dipertunjukkan pada 20 Disember 1999. Muzik dan libetto (kata-kata dalam nyanyian) dibuat oleh John Harbison dengan lirik lagu popular dari Murray Horwitz.

Persembahan

  • Sebuah adaptasi pentas oleh Owen Davis, pertama kali dipertunjukkan di Ambassador Theatre, Bandar New York pada 2 Februari 1926 produksi George Cukor dengan James Rennie dan Florence Eldridge.
  • Sebuah pementasan oleh Simon Levy dalam acara pembukaan Guthrie Theater di Minneapolis, Minnesota pada bulan Julai 2006.

Rujukan

WikiPedia: The_Great_Gatsby http://gutenberg.net.au/ebooks02/0200041.txt http://www.iupress.indiana.edu/product_info.php?pr... http://www.archive.org/details/storiesoffscottf030... http://www.brtom.org/gg/ggind1.html //www.worldcat.org/issn/1559-3002 http://www.litfix.co.uk/fitzgerald/onlinetexts/gat... https://books.google.com/books?id=0yfauGsKOjAC&pg=... https://books.google.com/books?id=adjCx-wnhWsC&lpg... https://books.google.com/books?id=eEIfKVeIOEcC&lpg... https://books.google.com/books?id=ga07kW8soU8C&lpg...