Plot The_Incredibles

Setelah satu usaha menyelamatkan tren menyebabkan seratus orang cedera, timbulnya tuntutan mahkamah tanpa henti yang memaksa para adiwira, yang digelar "Supers," menyertai rancangan tajaan kerajaan yang serupa dengan perlindungan saksi dengan syarat menghentikan semua kerja adiwira.

15 tahun kemudian, dua orang adiwira, Mr. Incredible (Craig T. Nelson) dan Elastigirl (Holly Hunter) sudah berkahwin dan menjalani kehidupan normal. Kini dikenali sebagai Bob dan Helen Parr, mereka berumah di pinggir bandar dan membesarkan tiga orang anak, Violet (Sarah Vowell), Dashiell ("Dash") (Spencer Fox) dan bayi Jack-Jack (Eli Fucile). Violet dan Dash memiliki kuasa luar biasa macam ibu bapa mereka, tetapi Jack-Jack seolah normal.

Suatu hari, Bob murung kerana dipecat dari syarikat Insuricare, sehingga Mirage (Elizabeth Peña), seorang ejen misteri, menghubungi Bob dan menawarkannya satu kerja yang bergaji amat lumayan: menewaskan robot pengkhianat Omnidroid 8000, di Nomanisan, sebuah pulau bergunung berapi yang tiada dalam peta. Bob terus menyahut cabaran dan menyelindungi kehilangan kerjanya dan kembalinya ke kerja adiwira. Bob berjaya menewaskan robot itu dan meminta khidmat Edna Mode untuk membaiki pakaian supernya.

Dua bulan kemudian, Mirage memanggil Bob dengan tugasan baru. Helen mendengar perbualan ini, tetapi tidak sedar apa yang dibualkan mereka. Sekembali bob ke pulau itu, dia diserang hendap dan ditewaskan oleh versi diperkukuh robot prototaip Omnidroid, lalu dijadikan tebusan Syndrome (Jason Lee) yang sebenarnya peminat Mr. Incredible sewaktu kecil bernama Buddy Pine yang hendak menjadi pembantunya.

Di rumah pula, Helen perasan sut super Bob telah dibaiki. Dia melawat Edna dan menyedari bahawa Bob kembali menjadi adiwira. Apabila menghubungi Insuricare dia juga mendapati Bob tidak bekerja di sana lagi. Edna juga mereka sut super untuk Helen dan anak-anak, lalu memesan Helen agar mengawal situasi.

Rujukan

WikiPedia: The_Incredibles http://www.allmovie.com/work/287450 http://www.bcdb.com/bcdb/cartoon.cgi?film=33816/ http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=incredible... http://movies.disney.com/the-incredibles http://www.imdb.com/title/tt0317705/ http://www.metacritic.com/film/titles/the-incredib... http://www.rottentomatoes.com/m/%7B%7B%7Bid%7D%7D%... http://tcmdb.com/title/title.jsp?stid=536488 http://emol.org/film/archives/incredibles/INCRED_C... https://www.star1045.com.au/articles/hold-incredib...