The_Legend_of_Zelda
The_Legend_of_Zelda

The_Legend_of_Zelda

The Legend of Zelda (ゼルダの伝説, Zeruda no Densetsu) ialah siri permainan video aksi-pengembaraan bertemakan fantasi tinggi yang dicipta oleh pereka permainan video Jepun, Shigeru Miyamoto, Takashi Tezuka dan Eiji Aonuma. Ia dibangunkan dan diterbitkan oleh Nintendo, dengan beberapa siri mudah alih yang dihasilkan oleh Flagship/Capcom, Vanpool dan Grezzo. Permainannya meliputi unsur aksi, kembara dan penyelesaian teka-teki (puzzle solving). Francais ini dianggap sebagai salah satu francais Nintendo yang paling penting dan terkenal.Siri ini tertumpu kepada Link, watak yang boleh dimainkan. Link selalunya diberikan tugas menyelamatkan Puteri Zelda dan Hyrule daripada Ganondorf, seorang pencuri berbangsa Gerudo yang merupakan antagonis utama dalam siri ini. Namun, ada juga latar dan antagonis yang berlainan muncul dalam permainan ini; Vaati, misalnya, merupakan antagonis kedua yang muncul dalam keluaran Game Boy Advance siri ini. Kisah permainan ini biasanya melibatkan suatu relik yang dikenali sebagai Triforce, satu peranggu segi tiga keemasan yang omnipotens. Protagonis dalam setiap permainan biasanya bukan Link yang sama, tetapi ada beberapa pengecualian bagi hal ini.Siri The Legend of Zelda terdiri daripada 17 permainan rasmi yang boleh dimainkan dalam semua konsol permainan utama Nintendo, dan juga beberapa terbitan turunan (spin-off). Siri animasi Amerika yang berdasarkan permainan video ini telah disiarkan pada 1989, dan adaptasi-adaptasi manga yang telah diterima dan dipesan oleh Nintendo telah dihasilkan di Jepun sejak 1997. Setakat 2011, siri ini telah terjual sebanyak 67 juta salinan.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: The_Legend_of_Zelda http://gamecrunch.co/2011/12/22/official-legend-of... http://www.1101.com/nintendo/nin1/nin1-6.htm http://www.1up.com/do/feature?pager.offset=7&cId=3... http://www.amazon.com/exec/obidos/tg/feature/-/117... http://www.gameinformer.com/News/Story/200405/N04.... http://www.gamepro.com/article/news/27362/intervie... http://www.gamespot.com/gamespot/features/video/hi... http://www.gamespot.com/gamespot/features/video/vg... http://www.gamespot.com/the-legend-of-zelda-spirit... http://www.gamesradar.com/zelda-producer-says-link...