The_Little_Things_(filem_2021)

The Little Things ialah sebuah filem jenayah Amerika Syarikat 2021 yang ditulis dan diarahkan oleh John Lee Hancock,[1][2] dan diterbitkan oleh Hancock dan Mark Johnson. Mengetengahkan aspek-aspek neo-noir dan seram psikologi, plotnya mengisahkan tentang dua pegawai polis (Denzel Washington dan Rami Malek) yang berusaha untuk menangkap seorang pembunuh bersiri di Los Angeles pada 1990an. Filem ini juga menampilkan Jared Leto sebagai suspek utama mereka dan Natalie Morales sebagai detektif.