Penerbitan The_Owl_House_(siri_TV)

The Owl House dicipta oleh Dana Terrace, dahulunya seniman papan cerita untuk Gravity Falls dan kemudian pengarah untuk reboot 2017 DuckTales. Siri ini pada asalnya ditetapkan untuk pengeluaran pada tahun 2019,[3] tetapi ditangguh sehingga tahun 2020.[1][5] Terrace merupakan wanita keempat untuk mencipta siri untuk Disney Television Animation, selepas Pepper Ann dengan Sue Rose, Doc McStuffins dengan Chris Nee, dan Star vs. the Forces of Evil dengan Daron Nefcy.

Rancangan ini akan dianimasikan oleh Rough Draft Korea, Sunmin Image Pictures, dan Sugarcube Animation.[6][7]

Dana Terrace berkata bahawa gaya visual diilhamkan oleh lukisan-lukisan karya Remedios Varo, John Bauer, dan Hieronymus Bosch, serta seni bina Rusia.[8]

Pemasaran

Pada 10 Jun 2019, treler ditayangkan pertama kali semasa panel rancangan ini pada Annecy 2019. Treler itu kemudian dimuat naik ke saluran YouTube Disney Channel keesokannya.[2][8]