The_Toyota_Way

14 Prinsip dari The Toyota Way merupakan sebuah falsafah pengurusan yang digunakan oleh syarikat Toyota, yang meliputi Toyota Production System. Idea-idea utamanya adalah agar mendasarkan keputusan pengurusan pada "pemahaman falsafah-falsafah atas tujuan (syarikat)", berfikir jangka panjang, memiliki proses untuk memecahkan masalah, penambahan nilai bagi organisasi dengan cara mengembangkan orang-orangnya, dan menyedari bahawa memecahan masalah secara terus-menurus mendorong proses belajar organisasi.[1]Sejak tahun 1980-an, Toyota dan Lexus telah mendapatkan pengakuan atas kualiti kenderaan-kenderaan mereka dan secara konsisten memperoleh peringkat yang lebih tinggi dari para pengeluar kereta lain di dalam survey kepuasan pemilik kenderaan. Hal ini menurut Jeffrey Liker, seorang profesor teknik industri University of Michigan, sebagian besar adalah karena falsafah bisnis yang mendasari sistem produksi mereka.[2]