Plot The_Young_Master

Filem The Young Master mengisahkan tentang Ah Lung bersama abangnya iaitu Tiger. Mereka adalah anak yatim piatu dan salah satu anak murid guru Kung Fu. Pada suatu hari ada sebuah pertandingan Barongsai diadakan. Ah Lung pun tidak mahu ketinggalan mengikutinya, namun demikian pula perguruan persaingannya.

Betapa terkejutnya Ah Lung kerana lawannya ialah abangnya sendiri. Ah Lung yang tidak sampai hati melawan abangnya kemudian kalah dalam pertandingan Barongsai. Kekalahan Ah Lung yang tidak perlu terjadi dan pengkhianatan Tiger membuat guru mereka marah besar.

Selepas itu, Tiger dihalau manakala Ah Lung dikenakan hukuman berat. Setelah dihalau, Tiger dikhabarkan telah terjun ke dunia kejahatan. Selepas tahu bahawa bekas anak muridnya menjadi sebahagian kejahatan. Master pun mengutuskan Ah Lung untuk membawa balik Tiger ke perguruannya.