Thor:_Ragnarok

Thor: Ragnarok adalah filem adiwira dari Amerika Syarikat pada tahun 2017 yang berdasarkan Marvel Comics Thor yang dihasilkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Ia adalah sekuel dari Thor dan Thor: The Dark World '. Filem ini diarahkan oleh Taika Waititi.Filem Thor yang ketiga ini disahkan pada bulan Januari 2014, dengan Kyle dan Yost mula bekerja penulis skrip. Penglibatan Hemsworth dan Hiddleston diumumkan pada bulan Oktober 2014. Waititi menyertai filem itu sebagai pengarah pada tahun 2015, selepas pengarah ''Thor: The Dark World'', Alan Taylor memilih untuk tidak kembali ke francais MCU. Mark Ruffalo pula menyertai di barisan pelakon yang membawa peranan sebagai Hulk dari filem MCU yang sebelumnya, yang membolehkan unsur-unsur cerita cerita komik tahun 2006 "Planet Hulk" disesuaikan untuk sekuel Ragnarok. Cate Blanchett membawa watak sebagai Hela, disahkan menyertai pada bulan Mei 2016. Sesi pengambaran utama berlangsung di bandar Brisbane dan Sydney, Australia, dengan filem ini juga menggunakan secara ekslusif di Village Roadshow Studios, Oxenford. Pengambaran berakhir pada Oktober 2016.Thor: Ragnarok membuat tayangan perdana di Los Angeles pada 10 Oktober 2017, dan dikeluarkan dengan rasminya di Amerika Syarikat pada 3 November 2017 dalam tayangan 3D, IMAX, dan IMAX 3D. Filem ini merupakan suatu kejayaan yang membanggakan, menerima pujian untuk hasil lakonan dan arahan dari Waititi, serta urutan jalan cerita, hubungan toleransi antara barisan pelakon dan skor muzik. Dikritik dengan menganggapnya sebagai ansuran terbaik trilogi Thor. Berjaya pecah panggung dan mencecah $ 854 juta, menjadi filem paling terlaris trilogi dan filem kesembilan tertinggi tahun 2017 di Amerika Syarikat.

Thor:_Ragnarok

Bahasa Bahasa Inggeris
Berdasarkan Thor oleh
Stan Lee
Muzik oleh Mark Mothersbaugh
Disunting oleh
Pengarah Taika Waititi
Penerbit Kevin Feige
Penulis
Pecah panggung $854 juta[1]
Mula ditayangkan 10 Oktober 2017 (2017-10-10) (El Capitan Theatre)
November 3, 2017 (Amerika Syarikat)
Syarikatpenerbitan
Marvel Studios
Sinematografi Javier Aguirresarobe
Tempoh tayangan 130 minit
Negara Amerika Syarikat
Dibintangi oleh
Pengedar Walt Disney Studios
Motion Pictures
Perbelanjaan $180 juta

Berkaitan