Thuwaybah

Thuwaybah (Bahasa Arab: ثويبة) ialah seorang sahabiyah serta ibu susuan Nabi Muhammad. Nama lengkapnya adalah Tsuwaibah Al-Aslamiyah yang pernah menyusui Nabi Muhammad, Hamzah bin Abdul-Muththalib dan Abdullah bin Abdul-Asad.[1][2] Sama ada beliau memeluk Islam ialah satu khilaf.[3]Beliau asalnya merupakan hamba Abu Lahab yang kemudiannya dibebaskan selepas kelahiran Nabi Muhammad. Dalam catatan, Tsuwaibah merupakan wanita pertama yang menyusui Nabi selepas ibunya Aminah, selama seketika sebelum disusui oleh Halimah As-Sa'diyah. Thuwaybah wafat pada tahun 7 Hijrah (629 M) setelah Pertempuran Khaibar.