Asal-usul Tiangan

Orang dinasti Shang menceritakan satu kisah mitos yang mana pernah ada sepuluh biji matahari, setiap bijinya terbit mengikut urutan dalam kitaran sepuluh hari (旬 xǔn). Nama kesemua sepuluh matahari itu merupakan Batang-batang Samawi. Raja-raja Shang membubuh aksara Batang-batang ini sebagai namanya. Sesetengah ahli sejarah percaya bahawa golongan pemerintah Shang terdiri daripada sepuluh puak, namun adalah tidak pasti sama ada masyarakat mereka mencerminkan mitos itu atau sebaliknya. Kaitan dengan Yin Yang dan Lima Unsur timbul kemudian, setelah jatuhnya Dinasti Shang.

Erti-erti harfiah aksara ini lebih kurang seperti berikut:[1]

 asalmoden
kulit, cangkerangperisai, satu, pertama; perkataan-perkataan yang berkaitan dengan kumbang, krustasia, metanol
usus ikandua, kedua, putaran; perkataan-perkataan yang berkaitan dengan etanol
ekor ikanterang, api, (jarang) ekor ikan
pakulelaki dewasa, tegap, berbentuk T, onomatopia, satu nama keluarga
tombak(tidak digunakan)
benang mesin tenundiri
bintang petangumur (seseorang)
menyinggung orang atasanpahit, pedas-pedas masam, perit
bebanmemikul
rumput dilupuskan(tidak digunakan)