Tiga_Belas_Jajahan

Tiga belas koloni atau jajahan merupakan sebahagian daripada Amerika British, nama yang digunakan oleh Great Britain untuk tiga belas negeri asal Amerika Syarikat sehinggalah Perjanjian Paris pada tahun 1783 yang memperakui kemerdekaan Amerika Syarikat. Jajahan British di Amerika Utara ini memberontak ke atas pemerintahan British pada tahun 1775 kerana cukai yang dikenakan Great Britain ke atas jajahan. Kerajaan sementara ditubuhkan dan perisytiharan kemerdekaan dibuat pada tahun 1776 yang kini diraikan setiap 4 Julai.