Timbalan_Setiausaha_Agung_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu
Timbalan_Setiausaha_Agung_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

Timbalan_Setiausaha_Agung_Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah timbalan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Jabatan ini diwujudkan untuk mengendalikan pelbagai tugas dalam pentadbiran Setiausaha Agung, membantu mengurus operasi Sekretariat, dan memastikan kesesuaian aktiviti dan program.[2][3] Jawatan ini secara rasmi ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung pada akhir tahun 1997.[1]Amina J. Mohammed dari Nigeria dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung oleh Setiausaha Agung, António Guterres. Amina memegang jawatan pada hari yang sama Guterres memulakan portfolio sebagai Setiausaha Agung iaitu pada 1 Januari 2017.