Tirto_Adhi_Soerjo
Tirto_Adhi_Soerjo

Tirto_Adhi_Soerjo

Raden Mas Tirto Adhi Soerjo (Ejaan Sempurna: Tirto Adhi Suryo; 1880–1918) ialah seorang wartawan Indonesia berbangsa Jawa yang dikenali kerana kritikan tajam terhadap kerajaan kolonial Belanda. Dilahirkan kepada keluarga bangsawan Jawa di Blora, Jawa Tengah, Tirto mula-mulanya belajar untuk menjadi doktor tetapi kemudian beralih kepada kewartawanan. Beliau menjadi karyawan bebas semenjak tahun 1894 dan pada tahun 1902 beliau menjadi penyunting Pembrita Betawi yang berpangkalan di Betawi (kini Jakarta). Tirto mengasaskan akhbar pertamnya pada tahun 1903 dan, empat tahun kemudian, menubuhkan Medan Prijaji sebagai wadah orang pribumi Indonesia yang berpendidikan. Ini merupakan penerbitannya yang paling lama, bertahan selama lima tahun, sebelum Tirto dibuang negeri pada tahun 1912 ke Bacan ekoran kritikan antikolonialnya.Medan Prijaji diiktiraf sebagai akhbar yang benar-benar akhbar "Indonesia", dan Tirto digelar bapa kewartawanan Indonesia. Beliau dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia pada tahun 2006. Tirto menjadi model buat Minke, watak utama dalam Kuartet Buru karya Pramoedya Ananta Toer.

Tirto_Adhi_Soerjo

Pekerjaan Wartawan
Pasangan Raja Fatimah
Tahun aktif 1894–1912
Meninggal dunia 1918 (berumur 37–38)
Bacan, Hindia Timur Belanda
Kelahiran 1880
Kabupaten Blora, Hindia Timur Belanda

Rujukan

WikiPedia: Tirto_Adhi_Soerjo http://books.google.ca/books?id=-2zDpJM19bEC http://books.google.ca/books?id=BwzCiu6DVWgC http://koransuararakyat.com/article/96507/pahlawan... http://www.pikiran-rakyat.com/cetak/2006/022006/07... http://www.thejakartapost.com/news/2006/11/10/free... http://www.thejakartapost.com/news/2011/02/09/edit... http://id.berita.yahoo.com/annelies-minke-fantasi-... http://web.archive.org/web/20061104104502/http://w... http://www.webcitation.org/6G18AjrwZ http://www.webcitation.org/6G18YMNwx