Tisu_biologi
Tisu_biologi

Tisu_biologi

Rencana ini adalah berkenaan dengan tisu biologi. Untuk kegunaan lain, lihat Tisu.Tisu ialah peringkat susunan sel pertengahan antara peringkat sel dan seluruh organisma. Justera, ia merupakan sekumpulan sel yang tidak semestinya serupa, tetapi mempunyai asal sepunya, dan yang bersama-sama melakukan fungsi yang tertentu. Organ dibentuk pula daripada pengumpulan fungsian tisu-tisu berbilang. Kajian tisu dikenali sebagai histologi atau jika berkaitan dengan penyakit, sebagai histopatologi. Peralatan klasik yang digunakan untuk mengkaji tisu ialah: Sejak beberapa dekad yang lalu, perkembangan dalam mikroskopi elektron, imunopendarfluor, dan penggunaan irisan tisu beku telah mempertingkat perincian tisu yang dapat dicerap. Dengan peralatan tersebut, rupa bentuk klasik tisu dalam keadaan sihat mahupun semasa menghidap penyakit dapat diteliti dan justera, membolehkan penghalusan diagnosis dan prognosis klinikal secara ketara.Terdapat empat jenis tisu asas di dalam tubuh: