Tisu_saraf
Tisu_saraf

Tisu_saraf

Tisu saraf atau tisu neuron merupakan komponen tisu utama dalam sistem saraf. Tisu saraf terdiri daripada pelbagai jenis sel saraf, di mana kesemuanya memiliki akson. Secara lebih khusus, tisu saraf terdiri daripada sel saraf atau neuron yang menghantar dan menerima impuls dan sel neuroglia yang mengawal penyebaran impuls saraf serta membekalkan nutrien terhadap sel-sel saraf.Fungsi utama tisu saraf ialah membentuk sebuah jaringan komunikasi sistem saraf melalui impuls elektrik yang disebarkan dalam tisu tersebut.[1]