Sinopsis Titian_Takdir

Kisah empat adik beradik Latifah (Along), Nazmi (Angah), Ayoi dan Aisyah yang kehilangan ibu sejak kecil. Mereka terpaksa tinggal dengan ibu saudara meraka, Mak Ngah Yun dan nenek mereka, Wan Jah tanpa belaian kasih sayang dan penuh kebencian. Akhirnya mereka dihantar ke rumah anak yatim.

Kerana kesempitan hidup,  adik bongsu mereka Aisyah terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat iaitu Datuk Jufri dan Datin Rina. Sejak itu mereka terpisah.

Meningkat dewasa, Angah cuba menyatukan kembali adik beradik yang terpisah. Aisyah menggangap dia sudah tidak ada lagi adik beradik dan mahu dikenali sebagai Karina, seorang artis.  Along kini bekerja dengan Dr Kamil di sebuah klinik. Ayoi pula menjadi seorang samseng.