Tiub_hampagas
Tiub_hampagas

Tiub_hampagas

Dalam bidang elektronik, tiub hampagas atau tiub vakum ialah peranti yang digunakan untuk membesarkan, memasang, mengubahsuai, atau menghasilkan isyarat elektrik dengan mengawal pergerakan elektron dalam ruang bertekanan rendah. Sesetengah tiub hampagas berfungsi istimewa diisi dengan gas tekanan rendah, iaitu "tiub lembut" yang berbeza dari jenis hampagas kasar yang mana tekanan gas dalaman dikurangkan sebanyak mana yang boleh. Hampir-hampir kesemua jenis tiub hampagas bergantung kepada pancaran termion elektron untuk berfungsi.