Penyanjungan Tlāloc

Tapak khusus

Gunung Tlaloc terletak 4,100 m jauh dari tepi Lembah Mexico.

Upacara pemujaan

Antara upacara yang penting disaksikan dalam pemujaan melibatkan pengorbanan anak-anak kecil di puncak-puncak gunung suci disebut: anak-anak yang diberikan ini sering datang dari kalangan hamba abdi, anak kedua dalam keluarga bangsawan mahupun yang dilahirkan pada hari-hari penuh tuah; anak yang diinginkan ini dijualbeli dengan harga mahal.[8] Tangisan anak-anak yang dikorbankan ini dianggap sebagai penanda hujan yang turun lebat.[8] Jaguar turut diburu untuk tujuan ini kerana nilainya yang tinggi[7] berkait kuat dengan dewa ini.[9]

Pemberian korban ini dilakukan pada perayaan-perayaan khusus iaitu Atlcahualo disambut 12 Februari hingga 3 Mac serta Tozoztontli antara 24 Mac hingga 12 April.