Sejarah Tokong_Ho_Ann_Kiong

Pembinaan

Kuil ini dibina para pendatang Cina yang mahu memenuhi keperluan anutan merela. Pendirian Tokong Tian Hou Gong yang berdekatan lama-kelamaan menarik para pengunjung dari beribadah di sana.[2]

Pada 1915, suatu wabak yang hebat melanda Kuala Terengganu sehingga melenyapkan setengah bilangan penduduk kota;[2] para penganut yang tinggal merayu meminta bantuan kepada dewa-dewi disembah.[2] Para pemuja ini mendapat petanda di mana permintaan mereka akan ditunaikan selagi bangunan tokong dapat dicantikkan semula, di mana mereka akur. Wabak ini segera menghilang dengan ajaibnya sebaik tokong itu siap cantik berhias kembali.[2]

Insiden kebakaran 2010

Pada 22 Februari 2010, tokong tua ini terbakar disebabkan satu colok yang terjatuh ke lantai. Jabatan Bomba dan Penyelamat menyatakan 80 % daripada tokong itu hangus dalam insiden kejadian pada 9.30 malam . Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan menyatakan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang unsur-unsur jenayah , sabotaj dan khianat . Masyarakat di Terengganu hendaklah menerima ini sebagai sesuatu yang terjadi dengan sendirinya. [3]

Sebelum ini tidak pernah tokong dilaporkan terbakar kecuali gereja dan masjid awal 2010 ini.