Toluena_diisosianat
Toluena_diisosianat

Toluena_diisosianat

Toluena diisosianat (TDI) merupakan sebatian isosianat dengan sebatian formula CH3C6H3(NCO)2 dan memiliki enam buah isomer. Dua daripada enam isomer tersebut adalah penting dalam bidang industri, yakni 2,4-TDI dan 2,6-TDI. Walaupun 2,4-TDI boleh dihasilkan secara tulen, pihak industri biasanya memasarkan campuran 2,4-TDI dan 2,6-TDI dengan nisbah 80:20 ataupun 65:35.TDI mengambil 34.1% pasaran isosianat global pada 2000 dengan penghasilan sebanyak 1.4 bilion kilogram dan merupakan isosianat kedua terbanyak dihasilkan selepas metilena difenil diisosianat.[3][4] Sebatian ini merupakan salah satu bahan asas dalam poliuretana.