Tomislav_Nikolić
Tomislav_Nikolić

Tomislav_Nikolić

Tomislav "Toma" Nikolić (Bahasa Serbia: Томислав Николић, sebutan Serbia: [tǒmislaʋ tǒːma nǐkolitɕ]; lahir 15 Februari 1952) ialah bakal Presiden Serbia. Beliau terpilih ke penggal lima tahun pada 20 Mei 2012 sebagai ketua Parti Progresif Serbia.[1]Nikolić pernah bertanding sebagai Presiden Yugoslavia dalam pilihan raya 2000 dan mendapat tempat ketiga. Beliau juga telah tiga kali bertanding jawatan Presiden Serbia (pada 2003, 2004 dan 2008). Pada 2003 beliau mendapat undi terbanyak, namun pemilihan ini dibatalkan kerana peratusan mengundi rendah. Pada 2004 dan 2008 beliau mendapat tempat kedua, di belakang Boris Tadić.