Pendidikan Tomohon

Sejak dulu lagi Tomohon dikenali sebagai kota pendidikan dan kota pendidkan agama kerana di sinilah para mubaligh dari Belanda menetap dan membuka sekolah-sekolah, hospital dan menjadi pusat penyebaran agama Kristian. Tomohon memiliki kemudahan pendidikan bermula dari kecil hingga ke pengajian tinggi ataupun universiti. Prasarana pendidikan ini pada umumnya dikendalikan oleh pemerintah dan pihak swasta. Di antara universiti atau sekolah tinggi yang ada di Tomohon, antara lain:

  1. Universiti Kristian Indonesia Tomohon (UKIT) yang dikendalikan oleh Yayasan Perguruan Tinggi Kristian GMIM.
  2. Universiti Sariputra Indonesia Tomohon (Unsrit) yang dikendalikan oleh Yayasan Dharma Bhakti.
  3. Akademi Fisioterapi (Akfis) "Santu Lukas" yang dikendalikan oleh Yayasan Manuel Runtu.
  4. Akademi Keperawatan (Akper) "Gunung Maria" yang dikendalikan oleh Yayasan Ratna Miriam.
  5. Akademi Keperawatan (Akper) "Bethesda" yang dikendalikan oleh Yayasan Kesihatan GMIM.
  6. Sekolah Tinggi Theologia "Parakletos"

Iklim dan Tumbuh-tumbuhan

Iklim Tomohon yang sejuk merupakan ciri tersendiri di Provinsi Sulawesi Utara. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna langka yang hanya terdapat di Sulawesi ini . Sebahagian tanaman tersebut kini telah ditanam di tapak persemaian Yayasan Masarang yang nantinya akan dijadikan taman flora yang baru di Gunung Masarang. Taman flora ini diharapkan akan menjadi penyedia benih, kemudahan dalam bidang pendidikan , projek kerjasama untuk kegunaan penduduk tempatan dan luar negara.

Jenis flora dan fauna yang berjaya ditemui ialah:

  • Nepenthes masarangense, bufo celebensis (katak bertanduk), oleh penduduk setempat sering disebut karaksungean.
  • Ficus minahassae, schefflera actinophylla, yang merupakan salah satu tumbuahan asli di Tomohon.

Sumber daya alam

Potensi daerah

Pada 8 Februari 2006 untuk julung-julung kalinya diadakan Pameran Bunga di Tomohon untuk mempamerkan pelbagai jenis tumbuhan dan mempelbagaikan jenis tumbuhan di Tomohan ini. Pameran bunga ini akan dijadikan sebagai acara tetap tahunan oleh Pihak Berkuasa Tomohon.