Komunikasi Topologi_bintang

Setiap komputer di dalam topologi bintang berkomunikasi dengan hab pusat yang akan menghantar utusan sama ada kesemua komputer (dalam rangkaian bintang broadcast) atau hanya kepada destinasi komputer tertentu sahaja (dalam rangkaian bintang switch). Hab dalam rangkaian bintang broadcast terdiri dari dua jenis iaitu jenis aktif atau pasif.

Hab aktif

Hab jenis aktif menjana semula isyarat elektrik dan menghantarnya kesemua komputer dalam rangkaian. Hab ini juga dikenali sebagai multiport repeater. Hab dan switch jenis aktif memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.🤭

Hab pasif

Hab jenis pasif hanya bertindak sebagai punca penyambungan yang akan menguatkan atau menjana semula sebarang isyarat yang melaluinya. Hab jenis pasif tidak memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.